Terma & Syarat





Terma & Syarat Khas berkaitan pandemik COVID-19 (bahagian terma dan syarat ini dikemaskini setiap masa berdasarkan pengumuman oleh KKM dan MKN) – Kemaskini terakhir – 25 Februari 2022
- Jika majlis anda terpaksa ditunda disebabkan oleh pengumuman PKPD atau kes positif covid pada pengantin @ keluarga terdekat (mak, ayah) pengantin, deposit booking anda tidak “burn”. Anda boleh memilih untuk menunda kepada tarikh lain, atau anda boleh juga cancel booking dan kami akan refund deposit anda.
Sumber : Telegram Rasmi MKN, 23 Februari 2022 - Jika menjelang hari majlis dan ada team kami (photographer atau videographer) yang bakal bertugas di majlis anda yang positif covid, atau kontak rapat, kami akan cuba sedaya upaya untuk mencari pengganti petugas tersebut. Pada masa yang sama, anda juga boleh mencari pengganti lain. Dan dalam situasi ini juga, jika kami tak dapat mencari petugas lain untuk menggantikan tugas, kami akan memulangkan deposit booking anda 100%.
Ini juga termasuk jika team kami mengalami musibah / kemalangan dalam perjalanan untuk bertugas di majlis anda. Kami akan cuba sedaya upaya untuk mencari pengganti. Dan jika kami tidak mampu untuk mencari pengganti, kami akan memulangkan deposit anda 100%. - Tempoh Siap – di musim pandemik dan bencana alam ini, kami akui perkhidmatan kami mungkin, dan telah, sedikit terjejas, ekoran ada ahli team kami yang positif. Dan seperti baru baru ini, ada juga yang terjejas lama oleh bencana banjir. Kami cuba sedaya upaya untuk menyiapkan segala perkhidmatan kami dalam tempoh masa yang diberikan seperti di atas. Namun, jika terdapat sedikit kelewatan, kami memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan kami. Kami memohon kepada anda untuk remind kami jika kami masih belum menyerahkan sebarang file/media kepada anda dalam tempoh yang disebutkan.
- Semua “file” klien akan dilupuskan selepas tempoh 6 bulan selepas tarikh majlis anda. Kami tidak menyimpan semua file klien melebihi tempoh ini, kerana kos untuk penyimpanan selamat bagi file-file ini adalah amat besar. Dan kami hanya menyimpan file klien sehingga 6 bulan sahaja dari tarikh majlis. Selepas 6 bulan, file tersebut akan dilupuskan tanpa sebarang notis.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin membuat booking, anda boleh menghubungi kami dengan menekan link whatsapp button di bawah.
Terima kasih dan #staysafe everyone!