Maternity Shooting Tips

Tips untuk anda yang ingin mendapatkan hasil terbaik dari sesi photoshoot anda. Walaubagaimanapun, ini adalah panduan semata – mata. Anda tidak diwajibkan untuk mengikut panduan ini, tetapi ia pasti akan membantu anda.
Maternity Shooting Tips
- Waktu – adalah digalakkan untuk sesi shooting maternity dilakukan sekitar waktu kehamilan anda 8 bulan dan ke atas. Ini bagi membolehkan “baby bump” lebih kelihatan di dalam gambar.
- Pakaian – secara amnya, pakaian berwarna lembut adalah amat sesuai dan mudah dipadankan dengan mana-mana lokasi shooting. Tetapi anda juga boleh menggunakan pakaian yang berwarna gelap (seperti seluar jeans, skirt jeans, dan sebagainya). Cuma sebolehnya, cuba untuk “matching” dengan mana-mana elemen lain seperti baju, skirt, seluar, atau baby props
- Pakaian Bapa – less is more. Lebih simple adalah kebiasaanya lebih baik.
– Kasut atau sandal adalah sesuai. Jika memakai kasut sukan/sneakers, juga sesuai jika dipadankan dengan kasut ibu yang seakan sama. Seluar jeans/slack, bebas warna.
– Baju – baju kemeja lengan pendek adalah sesuai. T-shirt berkolar juga sesuai. Jika lengan panjang, boleh dipakai dan disingkatkan ketika waktu photoshoot. Elakkan pakaian yang mempunyai gambar gambar ekstrim/pelik, melainkan memang itu tema yang anda inginkan
– Elakkan kacamata hitam
– Hampir Wajib – pastikan rambut bapa siap disunting dan disolek, dan memakai minyak rambut/pomade. Ini akan memastikan bapa kelihatan lebih segak. - Pakaian Ibu – Sebaiknya, warna yang lembut. Juga sesuai jika warna atau tema pakaian ibu dipadankan dengan pakaian bapa. Skirt atau seluar tiada masalah, pastikan pergerakan anda selesa.
– anda boleh memakai kasut, wedges, atau selipar/sandal yang sesuai.
– Sebaiknya, baju@blouse ibu tidak mempunyai sebarang aksesori melampau di bahagian perut, kerana ini akan menyukarkan proses gambar “baby bump” dan beberapa posing lain yang mungkin akan sedikit terhindar jika terdapat corak/aksesori di bahagian perut ibu.
– Sebaiknya juga, pakaian ibu dan bapa adalah kemas dan dipakai rapi - Prop/ alatan photoshoot – antara prop yang sesuai dibawa seperti:
– Pakaian baby / baju baby / rompers
– Kasut baby yang comel
– Gambar scan baby (jika ada)
– dan lain lain prop yang dirasakan sesuai
Tips Paling Penting
- Ini adalah sekadar panduan. Tips yang paling penting yang boleh kami kongsikan adalah, apabila sesi photoshoot sedang berjalan, “just enjoy the session and have fun!”
- Jangan terlalu memikirkan mengenai pilihan warna pakaian – anything will do. Info diatas adalah sekadar panduan, dan yang lebih penting, anda menikmati sesi photoshoot tersebut.
- Banyakkan senyum dan be happy and cheerful.
- Pastikan anda mendapat rehat yang cukup supaya muka dan badan anda lebih segar dan bertenaga untuk sesi photoshoot nanti 🙂
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami dengan menekan link di bawah :